Followers

Tuesday, June 15, 2010

+Ramadhan dan Syawal 15 Tahun Lepas

Ketika sedang mengadun sempurna mentega dan telur, terkenang pula akan kenangan membuat persiapan menyambut Syawal tiba pada 15 tahun yang lepas. Tinggal dan masih di bawah ketiak emak membuatkan saya dan adik-beradik perempuan yang lain tidak menang tangan menata rias rumah, ada yang sibuk mengacau rendang di kuali, riuh-rendah bermain mercun, emak pula berteriakan sana sini mengingatkan adik-adik kecil supaya berhati-hati. Saya pula tetap dengan rutin "tangan" mengaul adunan kek, pada zaman 90'an seingat saya kek yang in trend adalah Kek Negro, Kek Holiday Inn, Kek Rampai Payung, Kek Pilih Kasih, Kek Lapis Bumi, Kek Lapis Masam-Manis, Kek Bingka Berendam dan sebagainya. Dugaan membuat kek apabila methodnya menggunakan pengukus!!! tidak boleh lari dari pengukus kerana air kukusan HARUS dijaga, kalau tidak kek itu akan menjadi makanan "recylcle bin". Seingat saya, kebanyakan kek yang dibuat emak hanyalah menggunakan pengukus, katanya " nyaman agik kek dikukus dari ditunok" ~Maksud: Kek yang dikukus lagi sedap dari dibakar.
   Selmah Hj Lariwoo, ibunda~ tahun 2010 kami bercuti di Sunway Lagoon

Kami sekeluarga melakar banyak pengalaman suka duka ketika merai hari Kemenangan itu, ingatan saya tidak begitu baik...tetapi tahun itu abang saya tidak dapat pulang ke Kuching kerana tiada tiket penerbangan daripada Johor Bahru. Emak hanya membuat beberapa biji kek sahaja kerana padanya TIADA sambutan tanpa keluarga yang lengkap. Masa berlalu pantas, masing-masing sudah mempunyai keluarga dan sepantas itu juga pelbagai resepi Kek Lapis Sarawak diubah cara serta mempunyai aneka pilihan rasa. Namun, pada saya teknik dan cara mengadun serta melapis tidak akan LAPUK!!!Apatah lagi gerak gemalai tangan saya melapis dan mengadun kek adalah diwarisi daripada emak walaupun hakikatnya emak tidak mendapat pendidikan khas dalam bidang pembuatan kek...

No comments: