Followers

Sunday, July 18, 2010

Peraduan "Bites Moment with KLSS's Cakes"

Sempena Syawal yang bakal menjelang pada September 2010 dan sebagai penghargaan kepada pelanggan-pelanggan KLSS, kami dengan sukacitanya menganjurkan peraduan "Bites Moment with KLSS' Cakes". Ia akan berlangsung mulai HARI ini sehingga 31 Ogos 2010.Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil gambar anda ketika menikmati Kek daripada KLSS sahaja. 

Syarat-Syarat Peraduan:

1. Terbuka kepada semua termasuk pelanggan-pelanggan di Sarawak (Kecuali Pengedar)
2. Mana-mana kek yang dimakan di dalam gambar hendaklah dibeli daripada KLSS sahaja
3. Tonjolkan kegirangan anda ketika menikmati kek KLSS bersama suami, kawan, anak atau keluarga.
4. Gambar terbaik yang memikat hati juri (terdiri daripada Keluarga KLSS, pengedar-pengedar dan vote oleh FB) akan dikira sebagai pemenang. Anda boleh mengajak rakan-rakan anda untuk vote gambar tersebut. (dengan KLIK "Like")
5. Gambar, nama dan pemenang akan digunakan sebagai tujuan promosi dan publisiti. 
6. Pembelian kek boleh dibuat sekarang sehingga tamatnya peraduan ini.
7. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
8. Hadiah akan diserahkan seminggu sebelum Syawal

*Peserta hanya boleh menghantar sekeping gambar sahaja untuk setiap penyertaan*

Sila post gambar anda ke dinding (wall) KLSS dan nyatakan 

1. Nama:
2. Kek:
3. Tarikh pembelian:
4. Alamat E-mail/ Hp number


Hadiah Pertama:

Sebiji kek saiz 8'x8' (kek yang anda makan ketika gambar disertakan)
1/2 Acuan Irish Cheese Cake

Hadiah Kedua:
1/2 Acuan saiz 8'x4' ((kek yang anda makan ketika gambar disertakan))
1/2 Acuan Irish Cheese Cake

Penganjur:

Kek Lapis Sarawak SelmahSalleh Entreprise (klss)
Bandar Tun Hussein onn, Cheras
017 327 4427

Kuching, sarawak
Siti Mawarni
019 839 1596

Thursday, July 15, 2010

"Sweet Cute Baby Smile Contest"

Sedang syok2 mengadun kek lapis, check FB kejap..pastu teringat dengan blog Dayu. Aikss...tertarik plak dengan tajuk si dayu buat ni..Contest!!! aku sememangnya x pernah masuk apa2 contest untuk Raiyan sejak dia lahir...hehehe tapi nk cuba lah since Raiyan ni overdose sket dgn camera...jd apa salah nyer kan...

aku ni memanglah minat online2 butik especially kid punya barang kn..jom klik sini SINI..cun2 belaka bajunya...ni lah blogspot si peganjur contest ini intankuterpilih. erm...korang semua marilah masuk pertandingan ni at the same time dpt hadiah yg best kan...empunya BUTIK cun jugak ye orangnyer hehehe..okay lah tengoklah gmbr yg aku letak untuk contest ni ..Smileeee Raiyan!!!!



Nama Peserta: Raiyan Raesh bin Mohd Yahya
Umur: 2 tahun 2 bulan
Tarikh Lahir: 7 Mei 2008
Nama Mummy: Ummi Naziha binti Salleh
Alamat: B3-2-2-26 APT D'Tinggian Suasana
Jalan suasana 3/2 bndr tun hussein onn 43200 cheras selangor
Num Hp: 017 3274427

Erm..harap2 gmbr ni ok lah ye...

Friday, June 18, 2010

+iRiSh ChEeSe Cake+

Salam...

Entry hari ini adalah Irish Cheese Cake..kek yang dibaluti pure cream cheese ini amat enak dan sesuai untuk majlis hari jadi anda, anak, mahupun teman tersayang...bersize 8x8 dengan harga hanya RM80 sahaja!!!! Parutan cheese dan candy berwarna warni di atas permukaan kek ini pasti membuat anda anak anda tertarik untuk menikmatinya!!! Inilah...


Thursday, June 17, 2010

+Kek Lapis mAsAm- maNis+

Salam...


Kek Lapis Masam Manis adalah kek yang paling popular di Sarawak tatkala menjelangnya hAri Raya...namun sindrom ini hanya lah bertahun-tahun yang lepas. SEcara peribadi saya katakan bahawa kek ini amat sedap dan adunan nya sedikit berbeza dengan kek-kek yang lain. Adunan lembut di rona hijau menggunakan tiga gelas tepung biskut merry ini tidak langsung menggunakan tepung gandum atau sebagainya!!! Hari ini saya membikin lagi kek ini atas permintaan pelanggan, apa yang boleh saya katakan...kek ini tidak perlu TesTer...kerana Money Back Guaranteed syarat KLSS kenakan kepada pelanggan!!!

Wednesday, June 16, 2010

+KLSS Info+




+Hampir kesemua kek-kek kami mengambil masa 3-4 jam untuk membakarnya

+JANGAN biarkan kek anda terdedah di luar, ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk jika tidak dimakan. Ini untuk mengekalkan ketahanan kek dan mengelakkan kek berkulat

+SEelok-eloknya kek disimpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu selepas pembelian. Ini untuk menjadikan tekstur kek anda cantik apabila dipotong kelak

+GUNAKAN pisau yang tajam dan panjang ketika anda memotong kek agar tekstur kek cantik dan mengelakkan kek tidak pecah berderai apabila dipotong

+Almond Layered+

Kek Lapis Almond -Delivery 16 June 2010



Order daripada AdB, Kek Lapis Almond...dilapis menggunakan dua rona iaitu puteh asli dan kuning. Kek ini mengambil masa lebih kurang tiga (3) jam untuk membakarnya.