Followers

Friday, June 18, 2010

+iRiSh ChEeSe Cake+

Salam...

Entry hari ini adalah Irish Cheese Cake..kek yang dibaluti pure cream cheese ini amat enak dan sesuai untuk majlis hari jadi anda, anak, mahupun teman tersayang...bersize 8x8 dengan harga hanya RM80 sahaja!!!! Parutan cheese dan candy berwarna warni di atas permukaan kek ini pasti membuat anda anak anda tertarik untuk menikmatinya!!! Inilah...


Thursday, June 17, 2010

+Kek Lapis mAsAm- maNis+

Salam...


Kek Lapis Masam Manis adalah kek yang paling popular di Sarawak tatkala menjelangnya hAri Raya...namun sindrom ini hanya lah bertahun-tahun yang lepas. SEcara peribadi saya katakan bahawa kek ini amat sedap dan adunan nya sedikit berbeza dengan kek-kek yang lain. Adunan lembut di rona hijau menggunakan tiga gelas tepung biskut merry ini tidak langsung menggunakan tepung gandum atau sebagainya!!! Hari ini saya membikin lagi kek ini atas permintaan pelanggan, apa yang boleh saya katakan...kek ini tidak perlu TesTer...kerana Money Back Guaranteed syarat KLSS kenakan kepada pelanggan!!!

Wednesday, June 16, 2010

+KLSS Info+




+Hampir kesemua kek-kek kami mengambil masa 3-4 jam untuk membakarnya

+JANGAN biarkan kek anda terdedah di luar, ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk jika tidak dimakan. Ini untuk mengekalkan ketahanan kek dan mengelakkan kek berkulat

+SEelok-eloknya kek disimpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu selepas pembelian. Ini untuk menjadikan tekstur kek anda cantik apabila dipotong kelak

+GUNAKAN pisau yang tajam dan panjang ketika anda memotong kek agar tekstur kek cantik dan mengelakkan kek tidak pecah berderai apabila dipotong

+Almond Layered+

Kek Lapis Almond -Delivery 16 June 2010



Order daripada AdB, Kek Lapis Almond...dilapis menggunakan dua rona iaitu puteh asli dan kuning. Kek ini mengambil masa lebih kurang tiga (3) jam untuk membakarnya. 

+Golden Churn+ +Your Best Butter For The Generation+

Salam...
Golden Churn is always number ONE

Menjelmanya Ramadhan, Golden Churn Sentiasa menjadi buruan warga Kuching, mun sik satu Sarawak akan memburu sang Golden Churn ini. Mentega berkualiti tinggi ini adalah berasal dari negara Australia dibungkus dalam pembalut rona kuning keemasan atau dalam tin. Emak cakap "sik mauk ku polah kek mun sekda mentega ya"...Maksudnya emak takkan adun kek selagi takda Golden Churn!!!! Mulanya saya pelik (ini cerita 15 tahun yang lepas) namun, setelah anak tekak sudah pandai mengenal rasa sedap, tawar dan pelbagai rasa,baru lah saya sedar bahawa GC adalah yang terbaik...selaras dengan tagline nya "Your Best Butter for The Generation"...biar pun harnya mahal, namun saya juga tetap memburu mentega ini walaupun harganya "EMAS". 
Saya tahu membeza rasa dan tekstur kek yang menggunakan Golden Churn iaitu permukaanya agak Moist, Cantik, Tidak Kering, kek menjadi padat dan yang penting rasa pada setiap gigitan kek tersebut!!!! Jelas terasa GC di situ!!!
Kek akan menjadi padat apabila menggunakan GC













Permukaan kek yang lembap (moist) menggunakan GC

Bagi penggemar kek lapis sarawak..anda perlu bijak memilih kek agar harga yang anda bayar berpatutan dengan kualiti kek yang anda beli..bak kata pepatah "Alah membeli, menang memakai" dan Celcom juga kata "Berbaloi-Baloi"..GC at FB

Kek Lapis Oreo Blueberry-Hantaran Tunang untuk Fendi TNB Cheras, Ulangtahun Perkahwinan ke-8 Peyut & Erra

Musim bertunang membuatkan saya tidak menang tangan mengadun sempurna kek-kek hantaran Si Laila & Majnun...moga kaseh mereka hingga ke hujung nyawa. Kek Lapis Oreo berperisa blueberry tempahan khas buat Fendi, staff Tenaga Nasiona Berhad yang telah mendirikan tapak Masjid pada 13 June yang lalu. Dibuat dengan penuh kasih sayang khas buat Fendi dan tunang tercinta...inilah...

    Kek Lapis Oreo Blueberry 
    8x8 RM80
    8x4 RM45



Meraikan usia emas perkahwinan dibuktikan dengan pemberian sebiji kek buatan "rumah" oleh KLSS khas buat Peyut dan Erra.Tahun ke-8 bukti cinta sejati mereka telah memberi peluang kepada KLSS untuk menyediakan Kek Lapis Cadburry ... membuatkan moment hari istimewa ini lebih bermakna dengan setiap gigitan coklat kek Cadburry...kalau dulu sebungkus coklat menjadi pemberian wajib hari jadi kekasihmu, tunang...dan kini coklat diadun sempurna khas buat isteri tercinta.....kami mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian rumahtangga Peyut dan Erra ...Khas dari KLSS Home Made Layered Cakes...